fb fb fb fb fb

Benjamin Mendy hadapi tuduhan baharu

Foto AFP


UNITED KINGDOM, 3 Januari- Pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy akan dibicarakan pada Julai atas dakwaan perkosa dan serangan ke atas enam wanita.

Perkara itu diumumkan mahkamah Crown Chester pada Rabu.

Mendy 27 tahun, yang digantung oleh kelabnya, tampil di di mahkamah di mana dia berdepan tuduhan baharu terhadap cubaan merogol.

Pemain Kebangsaan Perancis itu kini berdepan sembilan tuduhan keseluruhan, termasuk tujuh cubaan merogol, membabitkan enam mangsa.

Hakim menetapkan 25 Julai bagi tarikh perbicaraan untuk Mendy dan tertuduh kedua, Louis Saha

Perbicaraan dijangka berlangsung sehingga enam minggu. Satu lagi pendengaran pra-perbicaraan ditetapkan mahkamah pada 11 Mac.

Kedua-dua tertuduh diikat jamin bulan lalu, selepas mereka ditahan sejak penangkapan pada Ogos.

Mendy menyertai Manchester City dari kelab Perancis Monaco pada tahun 2017. Dia bermain 75 kali untuk City, tetapi kemudian semakin kerap direhatkan akibat kecederaan dan kemerosotan prestasi.

Kali terakhir dia mewakili Perancis ialah ketika mengutip kap ke-10 pada November 2019, selepas pertahanan itu memenangi Piala Dunia pada tahun 2018. -AFP

 

Media Baharu