fb fb fb fb fb

IOC berjaya terajui Sukan Olimpik - Presiden China



BEIJING, 3 Febuari- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dilihat berjaya menerajui Sukan Olimpik secara berani, selain memainkan peranan penting dan tersendiri dalam mempromosi perpaduan serta kerjasama antarabangsa.

Demikian ucapan Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama menerusi pautan video ketika majlis perasmian sesi ke-139 IOC, di Beijing, hari ini.

Turut hadir, Presiden IOC, Thomas Bach dan para anggota IOC.

Jelas beliau, IOC mampu berbuat demikian meskipun berdepan waktu sukar tatkala dunia dicengkam penularan pandemik COVID-19,

"Saya ingin berterima kasih kepada IOC atas sumbangan jangka panjangnya terhadap perkembangan sukan di China serta sokongan yang diberikan dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022,

"Ini sekaligus mampu membuka ruang yang lebih luas terhadap pembangunan sukan ais dan salji di seluruh dunia," jelas Xi Jinping.

Beliau juga mengulangi bahawa negaranya sedaya upaya menganjurkan temasya sukan secara sederhana, selamat dan menarik.

Temasya tersebut dijadual membuka tirai, malam esok.

Media Baharu