KUALA LUMPUR, 8 Februari- Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, dilapor meninggal dunia, hari ini.
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya sendiri iaitu Firdaus Zainuddin menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.
"Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat bapa saya, Mohd Azraai Khor yang telah meninggal dunia sebentar tadi.
"Mohon sama-sama kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin," katanya.
Azraai Khor berjaya membawa KDA FC menjuarai gelaran treble untuk dua tahun berturut-turut, sekaligus digelar sebagai 'double treble' oleh peminat bola sepak tanah air.