fb fb fb fb fb

Bekas bintang bola sepak AS, O.J Simpson meninggal dunia akibat kanser

Bekas bintang bola sepak Amerika, O.J. Simpson, meninggal dunia akibat kanser pada usia 76 tahun / Foto AFP

LOS ANGELES, 12 April - Bekas bintang bola sepak Amerika Syarikat (AS), O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser pada usia 76 tahun.

Berita sedih itu dikongsi keluarganya menerusi platform X.

Simpson menghempuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga, di Las Vegas.

Dalam tempoh ini, ahli keluarga meminta diberi privasi.

Bekas bintang bola sepak itu, memegang banyak rekod Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) dan dianggap sebagai salah seorang penyerang terhebat dalam sejarah liga.

Bagaimanapun, Simpson menghadapi cabaran berhadapan sistem perundangan dalam dekad sebelum ini terutamanya pada 1995 apabila dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bekas isterinya, Nicole Brown Simpson dan rakan lelakinya Ron Goldman pada 1994.

Pada 2007, Simpson mengetuai sekumpulan lima individu untuk merompak sebuah hotel dan kasino di Las Vegas dan dijatuhkan hukuman 33 tahun penjara.

Namun, Simpson dibebaskan dengan parol pada 2017 selepas berada dalam penjara di Nevada selama hampir sembilan tahun.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN