fb fb fb fb fb

Beijing 2022- Salji lebat, latihan downhill wanita dibatalkan

FOTO AFP

 

YANQING, 13 Februari- Salji lebat pada Ahad menyaksikan dua daripada tiga sesi latihan acara downhill Olimpik wanita dibatalkan.

"Disebabkan salji, juri bersama penganjur telah memutuskan untuk membatalkan latihan downhill wanita hari ini," menurut satu kenyataan.

Sesi latihan di pusat Ski Alpine Kebangsaan di Yanqing, utara Beijing, telah dijadualkan pada 11:00 pagi .

Ia sepatutnya diadakan di antara dua pusingan acara pingat iaitu giant slalom lelaki yang masih dijadualkan berlangsung pada 10:15 pagi dan 13:45 malam.

Pelumba wanita mempunyai sesi latihan ketiga yang dijadualkan pada Isnin, dengan latihan downhill sepatutnya pada hari Selasa.- AFP

Media Baharu