fb fb fb fb fb

MU tercicir mata lagi

FOTO AFP

MANCHESTER, 13 Februari - Manchester United tercicir mata lagi apabila mensia-siakan kelebihan satu gol selepas dipaksa terikat 1-1 dengan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.

Jadon Sancho meletakkan tuan rumah di depan pada babak pertama yang didominasi mereka sebelum The Saints kembali dalam permainan menerusi jaringan penyamaan Che Adams di separuh masa kedua.

Cristiano Ronaldo beroleh peluang untuk membuka jaringan pada minit ketujuh, namun percubaannya dikeluarkan di atas garisan gol oleh Romain Perraud.

Sancho membuka jaringan selepas 20 minit perlawanan apabila menyudahkan serangan balas pantas untuk meletakkan United di depan.

Southampton menggandakan asakan dan Adams mendapatkan gol penyamaan pada awal babak kedua.

Pada pertengahan minggu, United turut terikat 1-1 menentang pasukan tercorot liga, Burnley di laman lawannya itu.

Media Baharu