fb fb fb fb fb

Harimau Muda enggan dilabel sebagai pasukan pilihan

PHNOM PENH, 13 Februari - Ketua Jurulatih Bawah 23 Negara, Brad Maloney tidak mahu skuad Harimau Muda negara dilabel sebagai pasukan pilihan selepas Indonesia menarik diri menjelang kempen Piala AFF Bawah 23 Tahun 2022.

Sebaliknya beliau menganggap semua pasukan mempunyai peluang yang sama dalam kejohanan tersebut.

Jelas Brad Maloney, ketiadaan musuh tradisi Indonesia bukanlah tiket selesa buat Harimau Muda, sebaliknya beliau menjelaskan pasukan lain turut mempunyai kekuatan tersendiri yang belum dipamerkan.

"Kami ke sini selain mencari kemenangan, memberi pengalaman di pentas antarabangsa kepada pemain-pemain baru, jadi bagi saya ini merupakan satu pengalaman yang hebat kepada pemain-pemain muda dengan menyertai kejohanan ini," katanya dalam satu temubual secara dalam talian, di sini.

Sebelum ini Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Laos dan Myanmar serta Indonesia.

Semalam, Indonesia terpaksa menarik diri berikutan selepas tujuh pemain dan seorang pegawai disahkan positif COVID-19.

 

Media Baharu