fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan terus kukuhkan kedudukan teratas Liga MPFL

 

SHAH ALAM, 13 Februari - Negeri Sembilan terus mengukuhkan kedudukan di kelompok teratas liga selepas menewaskan PDRM FC 2-0 pada saingan Liga Futsal Malaysia (MPFL) 2022, di sini.

Ia menjadi kemenangan kelima skuad kendalian Arasan Joseph itu selepas tujuh perlawanan.

Negeri Sembilan membuka jaringan pada minit ke-19 hasil jaringan pemain pertahanan, Sufri Syamil.

Aksi di Kompleks Sukan Negara, Panasonic itu kemudian menjadi seimbang dengan PDRM dilihat turut mempunyai beberapa peluang menyamakan kedudukan.

Namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang PDRM memperoleh gol penyamaan.

Negeri Sembilan kemudian terus menghukum pasukan pelawat dengan gol kedua pada minit ke-37 menerusi Aiman Fikry Ramli.

Negeri Sembilian kini menghuni tangga ketiga liga dan hanya dipisahkan dua mata dengan pendahulu Selangor MAC.

 

Media Baharu