fb fb fb fb fb

Bednarek, Mclaughlin catat masa terpantas dunia di Miami

Foto Afp

MIAMI, 5 Mei – Pelari pecut Amerika Syarikat, Kenny Bednarek mempamerkan prestasi luar biasa apabila mencatat masa terpantas dunia tahun ini dalam acara 200 meter.

Dia merekodkan catatan masa 19.84 saat untuk muncul juara Siri Trek Grand Slam di Miami.

Bednarek, pemenang pingkat Perak Olimpik Tokyo dan Paris, mengetepikan pencabar dari Britain, Zharnel Hughes dengan kelebihan 0.29 saat, manakala tempat ketiga dimenangi pelari Jamaica, Oblique Seville, dengan catatan 20.13 saat.

Kejayaan itu menyusuli kemenangannya dalam acara 100 meter lelaki sehari sebelum itu di lokasi sama, dengan catatan 9.79 saat.

Turut mencuri tumpuan, Sydney McLaughlin-Levrone yang menjuarai acara 400 meter wanita dengan catatan masa 49.69 saat, mengatasi rakan senegara Anna Hall hampir dua saat.

Sekali gus mengekalkan reputasinya sebagai juara Olimpik dua kali dalam 400 meter lari berpagar.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI