LONDON, 6 Jun- Bekas ketua pasukan kebangsaan England, David Beckham akan dianugerahkan gelaran kesatria oleh Raja Britain, Raja Charles III, minggu depan.
Anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap kerjaya Beckham dalam bola sepak dan kerja-kerja amal yang dilakukannya.
Perkara itu dinyatakan menerusi satu laporan agensi berita BBC dan beberapa sumber lain.
Menurut laporan berkenaan, ahli perniagaan tersebut dinamakan dalam Senarai Penghormatan Hari Lahir Raja.
Tokoh sukan lain yang tersenarai untuk menerima anugerah sama adalah bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson dan pemain tenis Britain, Andy Murray.
Akhbar The Sun melaporkan, Beckham akan menerima gelaran "Sir" manakala isterinya, Victoria bakal dikenali sebagai Lady Beckham.
Sepanjang penglibatan dalam sukan, Beckham beraksi sebanyak 115 kali untuk England dan juga untuk senarai kelab berprofil tinggi termasuk United dan Real Madrid.
Beckham kini merupakan presiden dan pemilik bersama pasukan Amerika Syarikat (AS) Inter Miami serta pemilik bersama Salford City, iaitu pasukan yang beraksi dalam Tier empat bola sepak Inggeris.-AFP