BERLIN, 18 Julai- Bayern Munich telah bersetuju dengan bayaran sebanyak 70 juta euro untuk menandatangani pemain pertahanan tengah Belanda Matthijs de Ligt dari Juventus.
Media Jerman, Bild dan Sport1 mendakwa bayaran untuk pemain berusia 22 tahun itu akan diikuti dengan tambahan 10 juta euro dalam bentuk bonus.
Bayern akan menggunakan hasil perpindahan penyerang Poland Robert Lewandowski ke Barcelona, dianggarkan lebih 45 juta euro, untuk membantu membiayai perpindahan itu.
"Memang benar kami telah mengadakan perbincangan. De Ligt adalah pemain yang sangat, sangat menarik," kata pengarah eksekutif Bayern Olivier Kahn kepada Bild pada Ahad. -AFP

(Matthijs de Ligt)