fb fb fb fb fb

Piala Futsal Malaysia : Selangor MAC bakal berentap dengan Pahang Rangers di final

SHAH ALAM, 18 Julai - Selangor MAC bakal membuat perhitungan pada aksi final Piala Futsal Malaysia berdepan Pahang Rangers selepas menumpaskan Selangor TOT United 5-3 dalam separuh akhir kedua yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, di sini.

Skuad kendalian Addy Shairullyzam Mohd Shaffie mara dengan kelebihan agregat 11-9 termasuk ketika seri 6-6 pada separuh akhir pertama.

Selangor MAC tampil garang mendahului dua gol menerusi jaringan Danial Dain dan Azwann Ismail pada minit ke-7.

Enggan mengalah, Selangor TOT United bangkit meledak dua gol hasil jaringan Ahmad Azim dan Shamsuri Saleh pada minit ke-15 dan 18.


(Aksi Piala Futsal Malaysia separuh akhir kedua di antara Selangor MAC menentang Selangor TOT United)

Jaringan Saad Sani tidak lama selepas itu kembali meletakkan Selangor MAC di depan untuk menutup babak pertama dengan jaringan 3-2.

Dua gol pantas dalam separuh masa kedua oleh Akmal Yazadh dan Syahir Iqbal melebarkan kedudukan Selangor MAC dan lawan sekadar berjaya meraih satu lagi jaringan menerusi Aidil Shahril untuk menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 5-3 (11-9 secara agregat).

Selangor TOT United bakal berdepan Pulau Pinang dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat manakala Selangor MAC pula bakal bertemu Pahang Rangers dalam aksi final Sabtu ini.

Media Baharu