MUNICH, 21 Oktober - Vincent Kompany melanjutkan kontrak sebagai jurulatih Bayern Munich selama dua tahun sehingga 2029.
Perkara itu diumumkan juara Bundesliga itu, hari ni.
Dilaporkan, Kompany bukan pilihan pertama Bayern apabila dia dilantik pada musim panas 2024, namun beliau merampas kembali gelaran Jerman untuk Bayern pada musim pertamanya di kelab itu.
"Saya sudah berada di sini lebih lama dan saya mengenali kelab ini dengan baik,” kata Kompany, bekas ketua pasukan Manchester City dalam satu kenyataan.
"Ia merupakan satu pengalaman hebat setakat ini. Kami memulakan perjalanan yang indah. Mari kita terus bekerja keras dan meraikan lebih banyak kejayaan!"
Pengendali berusia 39 tahun itu membantu Bayern memenangi semua 11 perlawanan musim ini, menduduki tangga teratas Liga Juara Eropah dan Bundesliga.
"Vincent Kompany membawa keseronokan kembali kepada FC Bayern. Bawah kepimpinannya, pasukan berkembang dan pemain beraksi dengan menarik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen. -AFP