fb fb fb fb fb

BATC, Zii Jia sedia sumbang keringat demi negara

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bersedia untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Keyakinan itu dinyatakan Zii Jia selepas pulang daripada menjalani latihan di Korea Selatan baru-baru ini.

Bekas juara All England yang “berguru” bersama Persatuan Badminton Korea itu, tekad membalas kepercayaan jika khidmatnya diperlukan skuad negara.

Zii Jia secara peribadi berpendapat, Malaysia yang turun sebagai juara bertahan mempunyai kelebihan apabila diundi dalam kumpulan B bersama Brunei, Kazakhstan dan Taiwan.

Beliau turut menjangka saingan sengit pada BATC 2024 memandangkan kejohanan itu menawarkan slot ke Piala Thomas pada Mei.

Skuad negara yang diundi dalam Kumpulan B dijadual membuka tirai kejohanan bertemu Brunei esok sebelum meneruskan saingan menentang Kazakhstan pada Rabu.

Saingan terakhir peringkat kumpulan bakal menyaksikan skuad lelaki negara menentang lawan lebih sukar iaitu Taiwan pada 15 Februari.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM