fb fb fb fb fb

BATC: Pasukan badminton lelaki mara ke separuh akhir

Foto FB BAM

SHAH ALAM, 16 Februari- Pasukan badminton lelaki Malaysia mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Kem negara berjaya mengalahkan Singapura, 3-1.

Pasukan badminton negara bermula agak malang apabila perseoranngan negara, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri akibat kecederaan seawal set pertama sekali gus memberi mata percuma kepada Singapura.

Aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) menyaksikan pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menceriakan kem negara selepas berjaya memberikan mata pertama Malaysia, menewaskan pasangan Loh Kean Hean-Howin Wong Jia Hao, 21-11, 24-22 dan 21-14.

Wakil perseorangan kedua, Leong Jun Hao berjaya meletakkan Malaysia di depan apabila menang 'straight sets' ke atas Joel Koh, 21-8 dan 21-18.

Pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani menutup aksi akhir pusingan suku akhir negara menewaskan Wesley Koh-Junsuke Kubo 21-6,22-20 dan 21-8, mengheret perlawanan ke set penentuan.

Skuad negara dijangka bertemu antara Jepun atau India di pusingan separuh akhir.

Terdahulu, skuad berpasukan wanita terkandas di pusingan suku akhir ke atas Indonesia, 0-3.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM