fb fb fb fb fb

BAMTC 2023: Malaysia benam Kazakhstan, sahkan tempat ke suku akhir

(FOTO FB Badminton Association of Malaysia - BAM)

DUBAI, 16 Februari- Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malaysia mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mudah menewaskan Kazakhstan 5-0 pada perlawanan kedua Kumpulan B.

Pada perlawanan di Pusat Pameran Dubai itu, pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching memastikan mata pertama buat negara, selepas menewaskan Aisha Zhumabek 21-6 dan 21-13 dalam tempoh 21 minit.


(Pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching / FB Badminton Association of Malaysia - BAM)

Pertemuan kedua menyaksikan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao meletakkan Malaysia di kedudukan selesa selepas menumpaskan Dmitriy Panarin 21-12 dan 21-16.

Mata ketiga buat negara pula diraih menerusi beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, selepas mudah menundukkan Nargiza Rakhmetul Layeva-Kamila Smagulova 21-7 dan 21-7 sekaligus mengesahkan kemenangan buat kem negara.

Malaysia kemudian melengkap kemenangan keempat dan kelima menerusi masing-masing menerusi beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Malaysia bakal berdepan cabaran sebenar apabila bertemu India hari ini bagi penentuan juara Kumpulan B.

Media Baharu