fb fb fb fb fb

Balotelli sah tinggalkan 'Sang Kenari'

FOTO INSTGRAM jbaloteli 89

Alor Setar, 14 Januari -Penyerang import Kedah Darul Aman KDA FC, Jonathan Balotelli sah meninggalkan skuad berkenaan untuk kembali ke kancah bola sepak Eropah.

Menerusi hantaran di laman instagram miliknya, pemain berkenaan kembali ke Macedonia Utara untuk menyertai kelab FK Makedonija G.P yang beraksi di Liga Prva.

Sebelum ini, Balotelli pernah beraksi di negara tersebut pada musim 2016/2017 bersama kelab Vardar.

Penyerang berasal dari Brazil itu merupakan pemain import yang dibawa masuk ke Kedah pada awal musim 2023 bersama-sama seorang lagi penyerang Willian Lira.

Bersama KDA FC ,Balotelli berjaya mencetak empat jaringan dalam 20 penampilan bagi Liga Super dibawah kendalian Nafuzi Zain.

Kemasukan Ifedayo Olusegun pada pertengahan musim menyaksikan Balotelli disisihkan daripada perancangan pasukan Kedah musim lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD