fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Malaysia 2024 : Antonsen muncul juara

Pemain perseorangan badminton Denmark, Anders Antonsen/FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Januari - Pemain perseorangan lelaki Denmark, Anders Antonsen mencipta sejarah menumpaskan jaguh China, Shi Yu Qi di pentas final saingan Saingan Terbuka Malaysia yang melabuhkan tirai hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu menumpaskan lawan di ranking keenam dunia dalam aksi straight set 21-14, 21-13.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Antonsen mengekalkan dominasi Denmark dalam acara perseorangan lelaki buat kali ketiga berturut-turut di kejohanan Super 1000 itu.

Dalam pada itu, gelaran bagi perseorangan wanita pula menjadi milik pemain nombor satu dunia, An Se Young dari Korea Selatan menewaskan pemain Taiwan, Tai Tzu Ying 10-21, 21-10, 21-18.

Beregu campuran Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino pula muncul sebagai pasangan pertama dari Jepun memenangi saingan Terbuka Malaysia menundukkan wakil Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 21-18, 21-15.

Aksi final beregu wanita pula dikuasai pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan mengejutkan pilihan kelima kejohanan yang juga rakan senegara, Zhang Shu Xian- Zheng Yu 21-18, 21-18.

China turut mendominasi saingan beregu lelaki hasil kemenangan gandingan nombor satu dunia, Liang Wei keng-Wang Chang.

Mereka menumbangkan beregu dari India, Satwiksairaj Rankireddy- Chiraag Shetty 9-21, 21-18, 21-17.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD