fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka China: Aaron China-Wooi Yik umum tarik diri

Aaron China-Wooi Yik terpaksa menarik diri pada kejohanan Badminton Terbuka China 2024 kerana kecederaan

KUALA LUMPUR, 13 September - Beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Terbuka China 2024 di Changzhou pada 17 hingga 22 September ini.

Menurut Wooi Yik keputusan melupakan kejohanan bertaraf Super 1000 itu diputuskan disebabkan dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan retak tulang jari kaki semasa perlawanan separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 bulan lepas.

“Setakat ini, pemulihan sudah sampai 70 peratus, saya pun sudah mula menjalani latihan ringan di gelanggang. Latihan penuh pula akan bermula minggu depan.

“Bagaimanapun, untuk bermain pada Terbuka China tidak sempat, kami memang sudah menarik diri Selasa lepas,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan kembali ke gelanggang pada dua saingan di Eropah iaitu Terbuka Artik 2024 diikuti Terbuka Denmark bulan depan.-BERNAMA

Trainee2