fb fb fb fb fb

Liga Super Malaysia 2024: JDT belasah Penang FC 5- 0

FOTO BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 12 September - Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan momentum kemenangan musim ini selepas membenam Penang FC 5- 0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Aksi tersebut juga menyaksikan empat pemain baru JDT diturunkan. 

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan, menerusi Oscar Arribas pada minit ke-3.

Penang FC kemudiannya berjaya mengimbangi perlawanan untuk bertahan hinggalah gol kedua muncul pada minit ke-41 hasil jaringan pemain baru, Jorge Obregon.

Pemain kelahiran Colombia itu sekali lagi mencetak nama selaku penjaring yang muncul pada minit 49 untuk Harimau Selatan selesa mendahului 3-0.

Pemain gantian, Bergson Da Silva turut berjaya menghasilkan gol melalui sepakan penalti pada minit ke-65. 

Ariff Aiman yang terlepas jaringan penalti pada separuh masa pertama, berjaya menebus pada penghujung babak kedua, juga melalui sepakan penalti untuk menamatkan perlawanan dengan 5-0. 

Kemenangan jtu meletakkan JDT selesa memimpin liga dengan 25 mata, enam mata di depan Selangor selepas sembilan perlawanan.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan pemain termasuk empat baru yang diturunkan dalam kesebelasan utama.

TETITIA YUSOFF