fb fb fb fb fb

Badminton Remaja Dunia: Zi Yu-Aqilah Maisarah naib juara

Pasangan itu terpaksa akur ditewaskan gandingan China /Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Impian beregu wanita negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan untuk menjulang kejuaraan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 tidak kesampaian apabila mereka tewas dalam aksi final di Guwahati, India.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu terpaksa akur kepada kehebatan beregu China, Tan Ke Xuan-Wei Yue Yue, yang mencatat kemenangan straight set 13-15, 17-19 dalam pertarungan sengit selama 37 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Zi Yu sekali lagi terlepas gelaran juara dunia selepas turut muncul naib juara pada edisi 2024 di Nanchang, China, ketika bergandingan bersama Dania Sofea Zaidi, yang tidak dapat bertanding tahun ini akibat kecederaan lutut pada Ogos lalu.

Bagi Aqilah Maisarah, ini merupakan pingat keduanya di kejohanan dunia, selepas meraih gangsa dalam acara beregu campuran bersama Loh Ziheng sebelum ini.

Meskipun gagal membawa pulang emas, pencapaian mara ke pentas akhir tetap memberi petanda positif perkembangan skuad pelapis wanita di pentas antarabangsa.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN