fb fb fb fb fb

Badminton Para Dunia :Liek Hou raih gelaran kelapan

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou

PATTAYA, 26 Februari- Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou membuktikan dirinya di landasan tepat bagi mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Ini selepas dia merangkul gelaran dunia buat kali kelapan di Kejohanan Badminton Para Dunia di Pattaya, Thailand.

Pemenang emas Paralimpik Tokyo itu mengatasi musuh tradisinya dari Indonesia, Deva Anrimusthi.

Liek Hou diberikan tentangan sengit sebelum menang 21-15, 16-21 dan 21-15 pada aksi final kategori SU5.

Sebelum ini, pemain berusia 36 tahun itu turut merangkul gelaran juara pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.

Liek Hou turut beraksi cemerlang dalam acara beregu kategori yang sama apabila muncul juara bersama gandingannya, Muhammad Fareez Anuar.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD