fb fb fb fb fb

Piala Liga :Jaringan tunggal van Dijk julang Liverpool

Foto Reuters

LONDON, 26 Februari- Liverpool menjulang Piala Liga buat kali ke-10 selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi final di Stadium Wembley.

Virgil van Dijk muncul wira The Reds apabila meledak gol tunggal pada masa tambahan yang berbaki dua minit.

Ini menjadi gelaran Piala Liga yang kedua diraih pengendali The Reds, Jurgen Klopp selepas musim 2021-22.

Chelsea memperoleh gol pembukaan pada minit ke-32 sebelum jaringan Raheem Sterling itu dibatalkan pengadil, Chris Kavanagh kerana ofsaid.

Liverpool turut berdepan detik mengecewakan apabila jaringan Virgil van Dijk pada minit ke-60 dibatalkan selepas Kavanagh meneliti video bantuan pengadil (VAR).

Ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan berterusan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ketika pemenang seakan ditentukan dengan penentuan penalti, Dijk meledak jaringan kemenangan The Reds dipenghujung babak.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD