fb fb fb fb fb

Badminton: Kemarau emas acara beregu wanita negara berakhir

Pearly Tan - M. Thinaah.-Foto Bernama


BANGKOK, 14 Disember - Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk melihat pingat emas acara beregu wanita berakhir, apabila Pearly Tan - M. Thinaah muncul juara di Sukan SEA Thailand 2025.

Beregu nombor dua dunia itu mencipta kemenangan penuh dramatik selepas menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari menerusi pertarungan tiga set 21-16, 19-21, 21-17.

Kejayaan bersejarah tersebut mengulangi detik manis kali terakhir Malaysia meraih emas beregu wanita di Sukan SEA oleh gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho pada edisi 2015 di Singapura.

Beraksi di Gimnasium Universiti Thammasat, Rangsit, Pearly-Thinaah bermula dengan aksi penuh yakin apabila menguasai set pertama hasil permainan pantas dan pertahanan kemas, sekali gus menyukarkan beregu Indonesia mencari rentak.

Bagaimanapun, pasangan negara sedikit goyah di set kedua, sebelum bangkit pada set penentuan untuk melakar kemenangan mutlak, sekali gus menghadiahkan emas yang dinanti selama sedekad oleh kontinjen negara.

ASHRIQ FAHMY AHMAD