MILAN, 25 Oktober - Australia meraih gelaran juara pasukan enam kali berturut-turut selepas mempamerkan aksi bertenaga pada Kejohanan Dunia Stihl Timbersports di Milan, semalam.
Pasukan-pasukan bertanding dalam format bersemuka itu melibatkan empat disiplin utama iaitu stock saw, single buck, underhand chop, dan standing block chop dengan pasukan yang menang akan mara ke pusingan seterusnya.
Dalam aksi final, juara bertahan Chopperoos dari Australia tidak dapat digugat selepas berjaya menamatkan acara empat peringkat itu dengan catatan masa 47.45 saat, hampir 10 saat lebih pantas daripada Sweden yang meraih pingat perak dengan catatan 57.26 saat.
Kemenangan ini menambah koleksi pingat emas kesepuluh keseluruhan Australia dalam kategori berpasukan.
Sementara itu, dalam perebutan pingat gangsa, Poland berhasil menewaskan New Zealand dengan kelebihan enam saat, mencatat masa 53.55 saat berbanding 59.58 saat. - REUTERS