fb fb fb fb fb

AUG 2022: Kem badminton negara sapu bersih dua pingat emas acara berpasukan

(Skuad badminton negara meraikan kemenangan selepas perlawanan badminton di Universiti Ubon, Ratchathani Rajabhat/FOTO KPT)

UBON RATCHATHANI, 28 Julai - Skuad badminton negara menyapu bersih dua emas acara berpasukan selepas menundukkan lawan dari Indonesia pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Thailand hari ini.

Skuad lelaki berjaya memperbaiki rekod edisi 2018 dengan meraih emas selepas menang 3-0.

Manakala skuad wanita berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun 2018 dalam keadaan sengit dengan keputusan 3-2.

Pada aksi final yang berlangsung di Universiti Ubon, Ratchathani Rajabhat, prestasi perseorangan lelaki negara mempamerkan aksi memberangsangkan apabila menang straight set menewaskan lawan masing-masing.

Ng Jun Yan terlebih dahulu menghadiahkan mata buat negara mudah menundukkan Ferbrianshah Muhammad 21-14,21-4.

Momentum kemenangan diteruskan oleh satu lagi perseorangan negara, Tan Chuan She, menang 21-18,21-10 keatas ke atas Ferary Muhammad Rafi.

Sekali gus menjadikan kedudukan 2-0.

Faiz Rozain pula meraih kemenangan mudah selepas lawannya, Mohamad Nendi Novatino menarik diri menutup perlawanan dengan 21-16, 11-1.

Datuk Rashid Sidek yang ditemui media selepas acara berlangsung mengakui terkejut dengan keputusan berkenaan memandangkan acara badminton berpasukan sedikit surat untuk meraih pingat emas

"Kita memang tak sangka pun boleh menang tiga perseorangan sebab salah seorang daripada pemain kita mengalami kecederaan dan pihak lawan pun ada juga cedera, jadi ini merupakan satu tuah buat kita untuk menang pada hari ini," kata Ketua jurulatih skuad badminton AUG negara, Datuk Rashid Sidek di sini.



Keputusan ini sekaligus melegakan skuad badminton laluan untuk mencapai sasaran tiga pingat emas lebih mudah.

Sementara itu, skuad badminton wanita negara tidak diberikan laluan mudah oleh pihak lawan dari Indonesia.

Dua perseorangan wanita negara Lim Jing Ning dan Saranya gagal menyumbang mata, pemain ketiga, Yap Rui Chen berjaya merapatkan kedudukan menjadi 1-2.

Kebangkitan negara bermula pada aksi beregu wanita, Derisee Siow Hao Shah - Ng Qi Yuan menewaskan Dhia Ulhaq - Jovita Elizabeth menjadikan kedudukan 2-2.

Sorakan padu rakan sepasukan pada aksi beregu wanita kedua Yap Rui Chen - Teoh Lexuan menjadi pembakar semangat.

Duo berkenaan menang straight set 21-18,21-13 menewaskan Sri Fatmawati dan Winata Aurum Oktavia.

Fokus skuad badminton selepas ini acara perseorangan dan beregu lelaki dan juga beregu wanita.

Media Baharu