fb fb fb fb fb

Skuad badminton raih emas pertama di bumi Siam

UBON RATCHATHANI, 28 Julai - Skuad badminton lelaki negara berjaya memperbaiki rekod edisi 2018 dengan meraih pingat emas bagi acara badminton lelaki berpasukan bagi aksi Sukan Universiti Asean (AUG).

Skuad kendalian Datuk Rashid Sidek berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan keputusan 3-0 di Universiti Ubon, Ratchathani Rajabhat.

Prestasi perseorangan lelaki negara mempamerkan aksi memberangsangkan apabila menang straight set menewaskan lawan masing-masing.

Ng Jun Yan terlebih dahulu menghadiahkan mata buat negara mudah menundukkan Ferbrianshah Muhammad 21-14,21-4.

Momentum kemenangan diteruskan oleh satu lagi perseorangan negara, Tan Chuan She, menang 21-18,21-10 ke atas Ferary Muhammad Rafi.

Sekaligus menjadikan kedudukan 2-0 meletakkan skuad negara dihadapan.

Faiz Rozain pula meraih kemenangan mudah selepas lawannya, Mohamad Nendi Novatino menarik diri menutup perlawanan dengan 21-16, 11-1.

Media Baharu