PASADENA, 24 Jun - Pasukan Atletico Madrid berusaha keras untuk menumpaskan Botafogo dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Kelab awal pagi tadi bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik.
Serangan bertubi-tubi kelab dari Sepanyol itu akhirnya membuahkan hasil apabila Antoine Griezmann menjaringkan gol pada minit ke-87.
Selepas jaringan itu, Atletico Madrid mencipta beberapa peluang untuk menambah jaringan, namun pertahanan Botafogo kekal utuh dan berjaya menghalang sebarang tambahan gol untuk perlawanan berakhir dengan 1-0.
Jaringan tunggal Antoine Griezmann gagal bantu Atletico Madrid mara ke pusingan 16 terbaik - Foto AFP
Namun, kemenangan itu masih belum mencukupi untuk membawa Atletico Madrid ke pusingan kalah mati, kerana mereka perlu menang dengan kelebihan sekurang-kurangnya tiga gol bagi meneruskan kemaraan.
Keputusan itu menyaksikan Paris Saint-Germain (PSG), Botafogo dan Atletico Madrid berkongsi enam mata dalam Kumpulan B, namun hanya PSG dan Botafogo mara ke peringkat seterusnya selepas dinobat sebagai juara dan naib juara kumpulan dengan kelebihan jaringan. - REUTERS