fb fb fb fb fb

Atletico Madrid ikat Diego Simeone sehingga 2027

Foto AFP

MADRID, 10 November- Diego Simeone melanjutkan kontraknya untuk tiga tahun lagi bersama Atletico Madrid.

Pengendali berpengalaman itu akan kekal membimbing kelab tersebut sehingga 2027.

Beliau mula mengendalikan Atletico pada Disember 2011, jurulatih berusia 53 tahun itu telah memasuki tahun ke-12 bersama dengan kelab Sepanyol itu.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu telah membantu Atletico memenangi lapan kejuaraan utama termasuk dua gelaran La Liga dan tiga gelaran Liga Europa.

Simeone yang juga bekas tonggak utama Atletico memiliki rekod cemerlang bersama kelab itu apabila menyumbang 30 gol dalam 167 penampilan.

Selain memenangi gelaran liga dan Piala Sepanyol pada 1996.

Ketika ini, Atletico menduduki tangga keempat La Liga, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Girona.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM