fb fb fb fb fb

Atlet para yang bertanding di kejohanan antarabangsa wajib ada pengiring

(Hannah Yeoh mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan
Sukan Paralimpik Kampung Pandan / BERNAMA
)

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan semua atlet para yang bertanding ke kejohanan antarabangsa wajib mempunyai pengiring.

Jelas beliau, langkah tersebut diambil bagi melancarkan semua urusan atlet para tersebut termasuk urusan rasmi kejohanan dan pengurusan diri.

"Kita juga ada kes di mana pasukan bola sepak buta hanya ada bajet untuk bawa satu atau dua orang pengiring sahaja dan pengiring itu tidak boleh jaga semua atlet, jadi bila kita tidak ada bajet ataupun infrastruktur yang mancukupi untuk membantu atlet kita bertanding dalam keadaan optimum maka kita tak akan dapat apa-apa keputusan yang baik.

"Berikutan itu Kementerian Belia dan Sukan telah bersetuju untuk menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet para negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa berkuatkuasa serta merta hari ini 18 Februari,"katanya.

Tambah beliau lantikan pengiring tersebut mestilah mengikut KOD etika yang ditetapkan oleh International Paralimpik Council (IPC),

Ia juga boleh dilantik dari kalangan pegawai Majlis Paralimpik Mlaysia, Majlis Sukan Malaysia, Institut Sukan Negara atau pegawai Kementerian.

Namun sekiranya tidak mencukupi barulah tawaran tersebut akan di buka kepada orang ramai.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.


(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada sidang media selepas mengadakan

lawatan ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan)

Media Baharu