PETALING JAYA, 27 Julai - Selangor diikat gergasi Asia Warriors pada perlawanan pra-musim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.
Perlawanan persahabatan di antara Selangor lawan Asia Warriors berlangsung dengan penuh aksi yang bertenaga dan memukau oleh kedua-dua pasukan.
Selangor yang menurunkan Kalamullah di bahagian penjaga gol manakala Faisal Halim menjadi kapten pasukan pada perlawanan hari ini.
Sementara itu, Asia Warriors membariskan bekas pemain kebangsaan Singapura di bahagian pertahanan iaitu Baihakki Khaizan dan Keisuke Honda sebagai ketua pasukan.
Separuh masa pertama berlangsung dengan sangat berintensiti tinggi oleh kedua-dua pasukan walaupun ini merupakan aksi pemanas badan buat pasukan Selangor sebelum menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Piala Sumbangsih 2025-2026.
Pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama Willian Lira hampir menjaringkan gol pembukaan aksi ini tetapi penjaga gol Asia Warriors sangat cekap menepis sepakan tersebut.
Perlawanan di separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0 apabila kedua-dua pasukan bermain dengan sangat berdisiplin dan baik.
Memasuki separuh masa kedua skuad Asia Warriors melancarkan serangan yang berbahaya melalui Keisuke Honda menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti dan hampir menjaringkan gol pendahuluan perlawanan.
Walaupun perlawanan sudah memasuki minit ke 80 masih tiada jaringan dapat ditemui oleh kedua-dua pasukan. Selangor dan Asia Warriors terus menggandakan serangan ke gawang masing-masing untuk mencipta peluang jaringan tetapi masih gagal.
Perlawanan persahabatan ini tamat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan walaupun perlawanan dipenuhi dengan aksi yang berbahaya.