fb fb fb fb fb

ART 2023, himpun lebih 400 kereta berkuasa tinggi

SEPANG, 27 Jun- Lebih 400 kereta berkuasa tinggi akan dikumpulkan ketika acara sukan permotoran, Adrenaline Rush Track Day (ART) 2023 pada 15 Julai ini.

ART 2023 yang dianjurkan kelab U Supercars itu bakal bertempat di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pengarah Urusan Utama Motors, Datuk Marof Khan Mohamed Idris berkata acara seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Acara ini akan menerima pengiktirafan Malaysian Book of Records kerana dapat menghimpunkan 400 kereta berkuasa tinggi.

'Selain aktiviti perarakan kereta berkuasa tinggi, lebih 200 pemilik motosikal Harley Davidson turut memeriahkan program ini," katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu, ART 2023 turut menganjurkan acara 'Time Attack' yang memberikan peluang kepada pemilik kereta berkuasa tinggi menguji kelajuan dan ketahanan kereta mereka.

Wang tunai sejumlah RM80,000 ditawarkan kepada pemenang dalam acara tersebut.


(Selain aktiviti perarakan kereta berkuasa tinggi, lebih 200 pemilik motorsikal
Harley Davidson turut memeriahkan program ini)

Media Baharu