LONDON, 7 Ogos-Arsenal menjulang Piala Perisai Komuniti apabila berjaya menewaskan Manchester City 4-1 pada penentuan penalti setelah terikat 1-1 pada aksi final semalam.
Pada perlawanan yang berlangsung di stadium Wambley itu, Manchester City membuka jaringan pada minit ke-77 melalui Cole Palmer, sebelum Arsenal menyamakan kedudukan pada lewat permainan melalui Leandro Trossard.
Arsenal yang menurunkan beberapa pemain baharu seperti Declan Rice, Kai Havertz dan Jurien Timber memberi isyarat pasukan itu bersedia bagi mencabar kejuaran trebel musim ini.
Manakala beberapa muka baharu Manchester City seperti Mateo Kovacic turut menampilkan aksi cemerlang pada perlawanan berkenaan.
Cole Palmer yang dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Erling Haaland membuka tirai jaringan pada minit ke-77.
Gol tersebut berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan,Kieran Tierney yang gagal mengawal bola dan dirampas oleh Kevin De Bruyne sebelum menghantar bola kepada Palmer yang kemudian merembat ke sebelah kanan gawang Arsenal.
Ketika perlawanan seakan-akan menjadi milik Manchester City, Trossard merembat ke gawang sebelah kanan Manchester City sebelum tertampan oleh Stefan Ortega masuk.
Keputusan seri itu menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti yang menyaksikan Manchester City mensia-siakan peluang apabila sepakan De Bruyne terkena palang manakala rembatan Rodri diselamakan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale.
Fabio Vieira menjadi wira Arsenal apabila menyempurnakan sepakan penalti bagi menjadikan kedudukan akhir 4-1.
Kemenangan itu disambut meriah oleh para penyokong 'The Gunners' yang sememangnya menantikan kejuaraan pertama pasukan tersebut selepas gagal memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kemenangan tersebut sangat indah dan bermakna buat pasukan dan penyokong.
"Kemenangan tersebut sesuatu yang bermakna apabila menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia.
"Kami berada di sini untuk memenangi piala untuk kelab (Arsenal)," katanya.
Sementara itu, pengurus Manchester City, Pepe Guardiola berkata pasukannya tidak bernasib baik walaupun bermain baik.
"Kami kecewa. kami bermain dengan agak baik. Namun nasib tidak menyebelahi kami.
"Pada akhirnya sepakan penalti dimenangi oleh Arsenal", kata Guardiola.-AFP
(FOTO AFP)