fb fb fb fb fb

Piala Dunia Wanita: Musovic dalam prestasi terbaik

(FOTO AFP)

MELBOURNE, 7 Ogos- Penjaga gol Sweden, Zecira Musovic berkata dia kini berada dalam prestasi terbaik selepas berjaya melakukan penyelamatan penting ketika menyingkirkan pasukan pilihan, Amerika Syarikat pada psuingan 16 lalu.

Penjaga gol kelab Chelsea itu memperagakan persembahan menakjubkan pada penentuan sepakan penalti ketika menentang juara bertahan, Amerika Syarikat semalam.

Pemain berusia 27 tahun itu telah melakukan 11 penyelamatan ketika menentang Amerika Syarikat.

"Anda dapat rasakan perasaan selesa itu dan segalanya berlaku mengikut kemahuan.

"Saya mempunyai firasat baik sebelum permainan bermula", kata Musovic yang bersaing rapat dengan penjaga gol Jerman, Ann-Katrin Berger bagi posisi utama penjaga gol Chelsea.

Jurulatih Sweden, Peter Gerhardsson berkata sikap yang ditunjukkan Musovic mungkin memberi tekanan kepada para pemain Amerika Syarikat apabila mengambil sepakan penalti.

Hasilnya, beberapa bintang AS seperti, Megan Rapione, Sophia Smith dan Kelly O'Hara gagal dalam sepakan tersebut meninggalkan pemain Sweden, Lisa Hurtig menyempurnakan sepakan bagi membawa Sweden mara ke suku akhir dan menjadi pasukan pertama menyingkirkan AS sebelum separuh akhir kejohanan.

"Saya tidak tahu apa yang telah dia (Musovic) lakukan.

"Namun, saya rasa dia (Musovic) telah bersedia bagi sepakan penalti", kata Gerhardsson.

Jurulatih Sweden itu sudah pasti memerlukan ketangkasan Musovic sekali lagi apabila pasukan berkenaan dijadualkan bertemu Jepun pada perlawanan suku akhir Jumaat ini di Auckland.

Gerhardsson dijangka menampilkan perubahan taktikal ketika menentang Jepun bekas juara dunia pada 2011 yang masih segar dengan kemenangan 3-1 ke atas Norway.

"Kami bertemu Jepun pada Sukan Olimpik Tokyo. Mereka mempunyai skil dan teknik yang baik.

"Mereka tidak bermain seperti pasukan AS dan ia akan menjadi perlawanan yang menarik kata Gerhardsson.

Menurut Gerhardsson, Sweden perlu menampilkan permainan bertahan yang baik sekiranya ingin memenangi perlawanan.-AFP


(Aksi Zecira Musovic ketika menyelamatkan pintu gol pada perlawanan menentang
Amerika Syarikat (AS) semalam/FOTO AFP)

 

Media Baharu