fb fb fb fb fb

APG Hangzhou ditunda Oktober tahun depan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Sukan Para Asia (APG) di Hangzhou, China yang dijadual berlangsung pada Oktober tahun ini, akan diadakan pada 22 hingga 28 Oktober 2023.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Keputusan mengenai tarikh baharu itu dibuat selepas perbincangan diadakan antara Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC), Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asia Hangzhou (HAPGOC), Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan China dan pihak berkepentingan lain.

Tempoh penganjuran kekal tidak berubah.

Tarikh baharu itu dipersetujui selepas mengambil kira temasya Sukan Para biasanya diadakan dua minggu selepas penutupan Sukan Asia.

Majlis Olimpik Asia (OCA) bulan lepas telah mengumumkan bahawa tarikh baharu sukan Asia, yang pada asalnya dijadualkan diadakan pada Oktober tahun ini, akan ditukar pada 23 September hingga 8 Oktober 2023.


(FOTO FAIL)

Media Baharu