fb fb fb fb fb

Anugerah FIA, Lando Norris julang trofi juara F1 2025

Foto REUTERS

TASHKENT, 13 Disember- Lando Norris menjulang trofi juara Formula Satu (F1) pada Majlis Anugerah FIA pada Jumaat, selepas mengesahkan kejuaraan dunia musim 2025.

Norris mengesahkan gelaran juara dunia pada perlumbaan terakhir musim di Abu Dhabi, Ahad lalu, menewaskan Verstappen dengan kelebihan dua mata dalam saingan 24 pusingan.

Rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri pula menamatkan musim di tempat ketiga keseluruhan.

Pelumba berusia 26 tahun itu muncul juara dunia F1 ke-35 sejak kejuaraan diperkenalkan pada 1950, serta menjadi pelumba Britain ke-11 merangkul kejuaraan berprestij tersebut.

Anugerah tersebut disampaikan Presiden FIA yang baru dipilih semula, Mohammed Ben Sulayem.

Sementara itu, Verstappen yang telah merangkul kejuaraan dunia sebanyak empat kali dianugerahkan Aksi Terbaik F1 Tahun ini.

Juara bertahan, Max Verstappen yang tidak hadir akibat masalah kesihatan menyampaikan ucapan tahniah kepada pelumba Britain itu serta pasukan McLaren.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM