fb fb fb fb fb

Aniq Kasdan dan Aznil Bidin bersaing rebut slot ke Olimpik Paris 2024

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 30 Januari-Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Aniq Kasdan dan Aznil Bidin terpaksa bersaing sesama mereka bagi merebut slot ke Temasya Olimpik Paris 2024.

Jelas Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, PABM, Amirul Hamizan, kedua-dua atlet berkenaan bersaing bagi kategori 61 kilogram dan setiap negara dibenarkan menghantar seorang wakil bagi satu kategori.

Keputusan pemilihan atlet yang layak hanya akan diketahui selepas tiga sesi kelayakan olimpik yang dijalankan tahun ini.

"Kita tidak tahu sama ada Azil atau Aniq sebab masing-masing berada dalam kategori sama.Masing-masing perlu tunjukkan prestasi terbaik. Siapa yang terbaik, dia akan ke Olimpik Paris 2024", ujarnya.

Tiga sesi kelayakan berkenaan melibatkan Kejohanan Asia 2023, Jianju, Korea Selatan; IWF Grand Prix Havana, Cuba; dan IWF World Championship, Riyadh, Arab Saudi.

Kedudukan 14 terbaik bagi ketiga-tiga kejohanan ini akan melayakkan atlet negara secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Sementara itu, Pemenang Pingat Perak Sukan Komanwel 2022, Muhammad Erry Hidayat akan mengetuai kontinjen sukan angkat berat negara di Temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Selain itu, PABM juga bercadang untuk menambah lima muka baharu yang masih menunggu kelulusan daripada Majlis Sukan Negara, MSN; dan Majlis Olimpik Malaysia, OCM.

PABM bercadang untuk menukar kategori Erry daripada 73 kepada 81 kilogram bagi meningkatkan potensi meraih pingat.

Jelas Naib Presiden, Amirul Hamizan, peluang menjulang pingat di kategori berkenaan lebih cerah selepas juara dunia dari Indonesia dikatakan tidak menyertai temasya kali ini.

"Pasa Suka SEA di Kemboja nanti, kita dah tentukan Ery akan mengetuai pasukan.Kita juga merancang untuk menukarkan kategori Ery daripada 73 kg kepada 81 kg bagi sasaran pingat.

PABM meletakkan sasaran realistik 2 pingat gangsa di temasya berkenaan.


(Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, PABM, Amirul Hamizan)

Media Baharu