MONTERREY, 21 Ogos - Pemain tenis wanita dari Amerika Syarikat, Alycia Parks mencuri tumpuan pada Terbuka Monterrey apabila berupaya menewaskan pilihan kejohanan, Emma Navarro, hari ini.
Dalam saingan 16 akhir tersebut, Alycia menang dengan keputusan 4-6, 6-3, 6-2 sekali gus menempah slot ke saingan suku akhir kejohanan.
Sepanjang saingan yang berlangsung di Club Sonoma menyaksikan Alycia lebih banyak mendominasi permainan terutama selepas set pertama.
Pada aksi suku akhir esok, Alycia dijadual menentang lawan dari Slovakia, Rebecca Sramkova bagi merebut tempat ke saingan separuh akhir.
Terdahulu, Rebecca mara ke suku akhir selepas menewaskan Leylah Fernandez dari Kanada dengan keputusan 2-6, 6-3, 6-2 pada aksi pusingan 16.
Sementara itu, turut mara ke saingan suku akhir ialah pilihan ketiga kejohanan, Diana Shnaider dari Rusia serta rakan senegara yang juga pilihan kedua kejohanan, Ekaterina Alexandrova. - REUTERS