fb fb fb fb fb

Allegri jurulatih baharu AC Milan

Massimiliano Allegri / REUTERS

MILAN, 30 Mei- Massimiliano Allegri dilantik sebagai jurulatih baharu AC Milan selepas pengendali dari Portugal, Sergio Conceicao, dipecat.

Perkara itu diumumkan kelab menerusi satu kenyataan.

"AC Milan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Massimiliano Allegri telah dilantik sebagai ketua jurulatih," demikian menurut kenyataan kelab.

Butiran perjanjian bagaimanapun tidak didedahkan.

Sementara itu media Itali melaporkan bahawa Allegri telah menandatangani kontrak selama dua tahun, bernilai €5 juta untuk semusim dengan pilihan lanjutan selama dua tahun.

Allegri menjadi jurulatih keempat dalam setahun untuk Milan, yang menamatkan musim Serie A lalu di tempat kelapan.

Pengendali berusia 57 tahun itu pernah membawa Milan menjuarai Serie A pada 2011 dalam tempoh pertamanya mengendalikan kelab itu.

Beliau turut memenangi lima lagi gelaran liga dalam dua tempoh bersama Juventus. AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID