fb fb fb fb fb

All Star Xi Piala AFF 2022: Faisal Halim disenarai dalam kesebelasan utama

(Faisal Halim/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 28 Januari - Kapten Skuad Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam All-Star XI atau kesebelasan utama terbaik saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Pemain Selangor FC itu berjaya menempatkan diri dalam kalangan tiga penyerang terbaik.

Menerusi hantaran melalui Facebook rasmi Piala AFF, selain Mohamad Faisal, turut dipilih sebagai penyerang terbaik iaitu pemain Thailand, Teerasil Dangda dan Nguyen Tien Linh dari Vietnam.

Mereka turut berkongsi gelaran penjaring terbanyak selepas masing-masing mencetak keseluruhan enam gol.

Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam mengisi posisi penjaga gol terbaik sementara pemain pertahanan terbaik menjadi milik Kritsada Kaman dari Thailand, Sasalak Haiprakhon (Thailand), Jordi Amat (Indonesia) dan Doan Van Hau dari Vietnam.

(Faisal Halim/FOTO BERNAMA)

Tiga pemain tengah terbaik pula menyaksikan dua daripadanya dari Thailand - Theerathon Bunmathan iaitu kapten pasukan dan Sarach Yooyen dan satu slot lagi diisi Nguyen Hoang Duc dari Vietnam.

Senarai All-Star XI Piala AFF 2022 adalah berdasarkan undian peminat.


Media Baharu