fb fb fb fb fb

Algeria lantik Petkovic sebagai pengendali baharu pasukan

Vladmir Petkovic dilantik sebagai pengendali baharu Algeria/ Foto Reuters

ALGIERS, 1 Mac - Algeria telah melantik bekas pengurus Switzerland, Vladimir Petkovic untuk melatih pasukan kebangsaan negara itu, kata Persekutuan Bola Sepak negara itu dalam kenyataan pada Khamis.

Petkovic, 60 membimbing Switzerland selama enam tahun dengan rekod membawa pasukan berkenaan mara ke suku akhir Kejohanan Eropah selepas menewaskan Perancis pada pusingan 16 terbaik.

Pengurus kelahiran Bosnia itu berjaya membawa Switzerland mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 sebelum dilantik menjadi pengurus dalam tempoh singkat di kelab Perancis Girondins de Bordeaux.

Petkovic bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan pengendali Algeria sebelum ini, Djamel Belmadi yang melepaskan jawatan berkenaan selepas negara itu gagal melepasi peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika bulan lalu.

Ketika ini, Algeria sedang mendahului pada pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Afrika dengan enam mata mengatasi Botswana, Guinea, Uganda, Mozambique dan Somalia.- Reuters

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD