SYDNEY, 1 Mac - Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Lubnan dan Autralia yang dijadualkan di Beirut terpaksa ditukarkan ke Canberra disebabkan ketidakstabilan di rantau Asia barat akibat konflik di Gaza, kata Persekutuan Bola Sepak Australia pada Jumaat.
Australia dijadualkan menjadi tuan rumah pada pertemuan menentang Lubnan dalam kumpulan I di Sydney pada 21 Mac sebelum menentang pasukan yang sama di Canberra pada 26 Mac.
"Pertama sekali paling penting kami mahu menjadi warga global yang baik dan menyokong rakan sejawat di Persekutuan Bola Sepak Lubnan.
"Untuk semua maksud dan tujuan ini adalah perlawanan di tempat sendiri untuk Lubnan, walaupun ia dimainkan di Australia.
"Pasukan kami di Persekutuan Bola Sepak Australia akan melakukan segala yang mungkin untuk membantu mereka menjayakan perlawanan ini,", kata Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Australia, James Johnson dalam satu kenyataan.
Lubnan yang tidak pernah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia sebelum ini telah diarahkan bermain di stadium berkecuali pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia menentang Palestin di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 0-0 pada November tahun lalu.
Pihak berkuasa Kesihatan Palestin berkata lebih dari 300,000 orang telah terkorban di Gaza dalam tempoh lima bulan sejak serangan tentera Israel ke atas wilayah berkenaan.-REUTERS.