fb fb fb fb fb

Alex Marquez raih petak utama

Alex Marquez / AFP

MONTMELO, 6 September - Alex Marquez meraih petak utama musim ini dalam pusingan kelayakan MotoGP Catalunya.

Sekali gus mencatatkan rekod baharu litar di hadapan penyokong tuan rumah.

Pelumba BK8 Gresini Ducati berusia 29 tahun itu merekodkan masa terpantas 1 minit 37.536 saat, mengetepikan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo di kedudukan kedua.

Pendahulu juara keseluruhan, Marc Marquez pula di tempat ketiga.

Alex-Marc yang juga pelumba adik-beradik sedang merebut kejuaraan, dengan dibezakan 175 mata selepas tujuh perlumbaan.

"Alex adalah yang terpantas. Saya cuba untuk mendekatinya. Saya mempunyai peluang lebih baik dalam perlumbaan yang panjang," kata Marc Marquez.

Sementara itu, Alex Marquez mengakui perlumbaan pada hujung minggu akan berjalan lancar.

Dia yakin perlumbaan pecut akan menjadi yang hebat untuk semua. - AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID