fb fb fb fb fb

Alex Marquez muncul juara MotoGP Catalunya

FOTO Reuters

BARCELONA, 8 September - Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez menguasai litar di tanah air sendiri apabila berjaya mengungguli Grand Prix (GP) Catalunya di sini.

Kemenangan itu menyaksikan dia menamatkan rekod tanpa kalah abangnya, Marc dari pasukan Ducati Lenovo di litar Barcelona-Catalunya.

Alex bangkit selepas kekecewaan terjatuh ketika mendahului perlumbaan pecut pada Sabtu, untuk meraih kemenangan keduanya musim ini.

Dia melengkapkan perlumbaan dengan catatan 40 minit 14.093 saat (s) meninggalkan Marc dengan perbezaan 1.740s.

Rakan sepasukan, Enea Bastianini turut menaiki podium dengan menghuni kedudukan ketiga.

Dengan berbaki 7 pusingan lagi, Marc kekal mendahului takhta MotoGP dengan 455 mata diikuti Alex dengan 280 mata.

Dalam saingan Moto2 pula menyaksikan pelumba tuan rumah, Daniel Holgado dari pasukan CFMoto Aspar menawan gelaran utama, manakala Angel Piqueras (MT Helmets – MSi) menjuarai Moto3. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN