fb fb fb fb fb

Alcaraz mara ke separuh akhir Terbuka Perancis

Carlos Alcaraz / Foto Reuters

PARIS, 4 Jun – Carlos Alcaraz membuktikan statusnya sebagai juara bertahan Terbuka Perancis apabila mempamerkan aksi dominan untuk menewaskan pilihan ke-12 dari Amerika Syarikat, Tommy Paul, 6-0, 6-1, 6-4 dalam perlawanan suku akhir, semalam.

Perlawanan yang berlangsung selama 94 minit di gelanggang tanah liat Roland Garros itu menyaksikan Alcaraz, 22, dari Sepanyol, mendominasi dua set pertama hanya dalam masa 53 minit.

Dengan pukulan bertenaga dan gerakan pantas, beliau menafikan peluang Paul yang juga bekas juara remaja Terbuka Perancis untuk memberi saingan.

Paul cuba bangkit dalam set ketiga dan sempat mendahului 4-3, namun Alcaraz kembali menguasai permainan dengan memenangi tiga permainan berturut-turut untuk menamatkan perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, Alcaraz mara ke separuh akhir dan akan bertemu pemain muda Itali, Lorenzo Musetti, yang sebelum itu menewaskan pilihan ke-15 dari Amerika Syarikat, Frances Tiafoe, dalam empat set.

Musetti, pilihan ketujuh kejohanan, turut mencetus sedikit kontroversi apabila menerima amaran kerana berkelakuan tidak sportif selepas menendang bola ke arah penjaga garisan, namun kekal fokus untuk memastikan kemaraan ke separuh akhir pertamanya di Terbuka Perancis.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN