MADRID, 4 Jun - Sepanyol mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara Wanita selepas bangkit menewaskan England 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan 3 pada Selasa.
Pemain gantian, Claudia Pina, menjadi watak utama apabila meledak dua gol, termasuk jaringan kemenangan selepas pasukannya ketinggalan hasil gol pendahuluan England menerusi Alessia Russo pada minit ke-22.
Pina, 23, dimasukkan pada minit ke-58 dan menyamakan kedudukan kurang dua minit kemudian sebelum menghasilkan sepakan melengkung cantik pada minit ke-68 untuk mengesahkan kemenangan Sepanyol.
Juara bertahan itu menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan 15 mata, lima mata mengatasi England.
Sementara itu, Sweden menjuarai Kumpulan 4 selepas membelasah Denmark 6-1, manakala Itali menamatkan saingan di tempat kedua dengan kemenangan 4-0 ke atas Wales.
Jerman dan Perancis telah lebih awal mengesahkan tempat selaku juara Kumpulan 1 dan 2.-REUTERS