fb fb fb fb fb

Alba ikut jejak Busquets dan Messi sertai Inter Miami

(FOTO AFP)

MIAMI, 21 Julai - Bekas pemain pertahanan antarabangsa Sepanyol, Jordi Alba telah menandatangani kontrak dengan Inter Miami dan akan bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya,Lionel Messi dan Sergio Busquets hingga 2024, kata Kelab Bola Sepak Liga Utama itu pada Khamis.

Alba yang berusia 34 tahun telah membuat 93 penampilan untuk Sepanyol telah menamatkan kontraknya dengan Barcelona pada Mei.

Bek kiri itu memenangi enam kejuaraan liga Sepanyol bersama Barca dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Liga Juara-Juara 2015.

Alba juga pernah bermain dalam pasukan Sepanyol bagi Kejohanan Eropah pada 2012.

(FOTO AFP)

"Jordi adalah pemain yang cemerlang, dinamik dan berpengalaman dan kami teruja untuk memperolehnya untuk terus memperkuat skuad kami.

“Dia telah membuktikan selama lebih sedekad bahawa dia adalah salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia kerana kemampuan untuk bertahan dan membantu serangan," kata pengarah sukan Inter, Chris Henderson.

Henderson juga berkata “Kami tahu dia akan membantu Inter Miami mencapai objektif Kelab musim ini dan seterusnya."

Kelab Major League Soccer itu akan bertemu kelab Mexico, Cruz Azul hari ini dan Messi dijangka akan membuat penampilan pertamanya dalam perlawanan itu.-AFP

Media Baharu