fb fb fb fb fb

Al-Jufferi bakal bersara

SEPANG, 18 Mei - Jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari mengakui akan bersara selepas menyertai Kejohanan Silat Dunia yang akan diadakan di Melaka pada Julai depan.

Pesilat berusia 30 tahun itu sebelum ini kecewa apabila tersingkir di separuh akhir kelas F kategori 70 hingga 75 kilogram Sukan SEA di Hanoi.

Jelas Al-Jufferi keputusan itu dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarganya, selain membuka peluang buat pesilat-pesilat muda mengambil alih tempatnya.  

(Al-Jufferi ketika ditemui media)

"Untuk pengetahuan semua in adalah SEA Game terakhir saya dan 'world cham' terakhir saya di bulan 7 nanti di Melaka. Ya muktamad untuk keputusan saya sebab saya sudah berjanji pada diri saya saya tak bercakap dengan orang pun, hari saya cakap depan media bahawasanya jika saya menghadapi kecederaan yang teruk di bahagian lutut dan bahu saya akan berhenti," kata Al-Jufferi di sini.

Al-Jufferi ditemui di KLIA selepas pulang daripada menyertai Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.

Kali terakhir dia meraih emas ialah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Media Baharu