fb fb fb fb fb

Akhyar cedera dipukul, disamun di Terengganu

Video dan gambar tular di media sosial

KUALA TERENGGANU, 3 Mei- Pemain Sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid mengalami kecederaan pada bahagian kepala dipercayai menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah kondominium kira-kira pukul 9.00 malam tadi.

Berdasarkan maklumat awal, Akhyar, 25, dipercayai dipukul dengan senjata pada bahagian kepala dan badan oleh suspek sebaik turun daripada kenderaan.

Video dan beberapa keping gambar tular di media sosial menunjukkan nasib yang menimpa pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Akhyar dipercayai telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

SITI AISHAH MD ISA