fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid ucap tahniah SRG ke final MSC MLBB

FOTO FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Selangor Red Giants (SRG) yang menjuarai kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MSC MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan di pentas antarabangsa itu amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

"Tahniah dan syabas SRG. Anda telah berjaya mengharumkan nama negara!

"Dedikasi dan komitmen yang anda tonjolkan di kejohanan ini pastinya akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri e-sukan negara seterusnya melahirkan lebih ramai atlet profesional yang berdaya saing dan berkemahiran dalam permainan digital yang saya lihat semakin mendapat tempat di hati anak muda.

"Semoga kejayaan SRG hari ini akan menjadi pencetus kepada lebih kejayaan pada masa akan datang," katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Justeru beliau selaku Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan menyatakan komitmen penuh untuk membangunkan industri sukan digital berkenaan.

Pada aksi final itu, SRG menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 yang menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah kira-kira RM4.7 juta.

Pemain jungler SRG, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali Sekyss pula dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

ARTIKEL BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA